Keajaiban al-Qalbu(HATI)

Para-para ulama tidak banyak yg mendalami pembedaan hati dan batas-batasnya dan banyak kesalahan diperbuat oleh org-org bodoh akan perihal hati ini. al-Imam al-Ghazali adalah salah seorang yg telah memantapkan kesefahaman tentang maksud dan keupayaan hati ini. kata-kata al-Qalbu ini mempunyai 2 pengertian:
1>al-Qalbu(hati jantung) ialah segumpal daging yg berbentuk agak bujur dan terletak di dada sebelah kiri. iaitu segumpal daging yg mempunyai tugas tertentu yg di dalamnya mempunyai rongga-rongga yg di dalamnya mempunyai darah hitam sbg sumber ROH(tenaga batiniah).(organ)

2>al-Qalbu(HATI) dlm sifat yg halus bererti ketuhanan dan rohaniah yg ada hubungannya dgn hati jasmani tadi.(hati sendiri)

>dlm erti kedua adalah hakikat manusia yg dpt mendakap segala pengertian, berpengatahuan dan arif, iaitu manusia yg menjadi sasaran dari segala perintah dan larangan Allah, yg akan diseksa, dicela dan dituntut segala amal perbuatannya(kita sendiri)

a>al-Qalbu dlm erti kedua berhubung erat dgn ilmu mukasyafah( ilmu yg didpt semata-mata dgn ilham Allah, tanpa belajar)

b>mendalami hati dlm hakikat kedua itu mengharuskan terbukannya rahsia roh.(kemampuan yg manusia miliki).
___________________________________________________________________________________________________

Hati itu diibarat raja yg didalam negeri dan anggota tubuh adalah tenteranya dan akal adalah pelaksananya manakala nafsu pula umpama budak kecil yg menyamar sbg penjual epal dan kemudian menyelinap dan mengkhianati kerajaannya dgn apa juga cara.

Ali r.a telah mengambarkan berbagai hati pernah berkata: Bahawasanya Allah s.w.t mempunyai wadah di bumi-Nya, iaitu berbagai-bagai hati, maka mana wadah yg paling disukai oleh Allah? Paling lunak, plaing bersih dan paling kuat? Kemudian dia memberi penjelasan dgn berkata. ” Yang palingkuat dalam agama, plaing bersih dlm keyakinan, paling lunak kpd saudara-mara(sesama muslim)

Ini bagus dlm mengambarkan perihal semua umat islam pada zaman sekarang ini ya’ni takut. Perlu diketahui Allah itu mampu mengalahkan sesiapa sahaja maupun seluruh alam semesta ini dlm hanya berkata ‘Kun’. Disamping Allah itu berada dimana-mana ya’ni di sisi kita setiap saat lebih drp malaikat rakiq dan atiq. Lebih rapat drp bulu dan kulit. Kekuatan kita adalah kekuatan Allah (walahaulawala kuata Illabillah). Sekiranya Dia(Allah) maukan kita kuat, kita akan kuat. Disamping anugerah yg kita miliki ya’ni hati yg didalamnya mempunyai darah hitam yg menjadi sumber roh ataupun sumber tenaga ya’ni tenaga batin. Apa-apa semangat yg keluar melalui hati. Sama ada kita yakin atau tidak ianya terserah.

1.Paling kuat dlm agama: bermakna itu adalah taqwa(akidah yg mantap ya’ni selalu takut kpd Allah seta yakin Allah Maha Kuat lagi Maha Berkuasa)

2.Paling bersih dlm keyakinan: menyakini bahawa tidak perlu gentar terhadap sesuatu selain Allah kerana tiada daya kekuatan selain drp Allah. Yakin Allah itu akan membantu seperti firman-Nya,

“Mana hamba-Ku yg berdoa kpd-Ku, demi kemulian zat-Ku dan kebesaran-Ku, nescaya akan Aku makbulkan walaupun suatu hari nanti”.

3. Paling lunak(kasih) kpd saudara-mara. Kadang kala kekuatan itu datang melalui rasa ingin mempertahankan org yg kita kasihi. Jadi tanamlah kasih kpd Rasulullah yg banyak berkorban sehingga Baginda masih mengungkap “Umatku, umatku, umatku” semasa saat akhir Baginda. Jadi tanam sifat mahu meneruskan perjuangan Baginda walaupun sedikit mana atau sesukar mana sekalipun. Tiada apa yg mustahil atas bumi Allah ini kerana kita beruntukng memiliki Allah sbg Tuhan yg Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.

Wallahu a’lam

No comments yet

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

  • Kiriman Terbaru

  • Komen Terbaru

    Aku Lagi on Amalan2 bida’ah dlm masy…
    rully oktario edison… on Berhati-hati atas perkara yang…
    Arjun Sang Pengembar… on Ilmu Laduni, Antara Hakikat da…
    Ervydal Nasir on Ilmu Laduni, Antara Hakikat da…
    Kang Setro Suprapto on Ilmu Laduni, Antara Hakikat da…
  • Arkib

  • Blog Stats

  • %d bloggers like this: